Isnin, 16 Mei 2016

RINDU

aku rindu rasa itu

rasa bahagia walau cuma
pandang-pandang
senyum-senyum
jeling-jeling
pegang-pegang


kerana,
rasa itu masuk terus ke dalam hati
walau tanpa sebutir bicara

magisnya cinta kamu
buat aku terus rindu dan rindu


16.5.2016
8.31am
kantor

Jumaat, 13 Mei 2016

SI PENYEBOK

kau tanya tentang... 
dah dapat anak?
kau tanya tentang hal yang boleh libas hati aku dengan parang
kau tanya tentang anak?

kau.. 
bila mahu mati?
kau.. 
bila mahu insaf?
kenapa kau tak tanya tentang itu pada diri kau sendiri?

kau mahu tunjuk mesra atau BODOH dengan sapaan yang begitu?
kau mahu tunjuk anak kau dah berkoyon-koyon tapi aku satu pun tiada?
kau mahu tunjuk apa pada aku?



cukuplah aku tanggung semua
tradisional dan moden
malukan aku
diri aku
cukuplah soalan itu

selagi belum tiba. ia takkan tiba


Rabu, 20 Januari 2016

AKU

aku suka semua tentang retro
aku suka afro
aku suka vanilla chocolate
aku suka semua jenis warna merah tapi bukan pink
aku suka decoration, diy
aku suka rose
aku suka hidup yang simple
aku suka travel
aku suka lagu
aku suka tido
aku suka nangis
aku suka si hensem
aku suka yang manis


tapi tak semua yang aku suka aku dapat. kan?


Jumaat, 15 Januari 2016

Ntah



ntah,
luka apa itu?
tak nampak
tapi rasa
tapi ada
yang kau robek ini...
hati aku


ntah,
ini yang entah berapa kali
hati aku kau carik
rasa ini aku tanggung



ntah..
tak mahu, lepaskan...
kerana.aku.mahu.terbang.bebas.

Selasa, 29 April 2014

Cerpen - Kau Ku Rindu (1)

Rayyan diam. Otaknya kusut. Rayyan penuhi rongga mulutnya dengan asap rokok. Perlahan-lahan asap rokok dihembus. Lega. Itu yang dirasa. Lepas rasanya segala beban di dada.

'Kau yang bingai'
'Asal aku?'
'Kau biar dia macam tu kenapa?'
'Dah dia yang nak ikot'
'Tak payahla bawak!'
'Cam ko tak tau dia macam mana..'
'Letih aku nak cakap dengan orang macam ko. Aku cau dulu'

Roy menghidupkan enjin motor kapcainya. Ini saja yang dia ada. Harta yang dia mampu miliki sendiri. Roy makin bosan dengan cara tak endah Rayyan.

Rayyan pandang sepi Roy yang semakin menjauh. Rayyan bersandar di atas motor RXZ 'milik'nya. Hasil curi dua bulan lepas. Asap rokok di hembus lagi. Kaki Rayyan masih lagi sakit sebab jatuh moto dengan Dibah tadi. Tangan dan lututnya cedera.

'Salah aku ke? Dah tau aku nak merempit, nak juga ikot. Bila polis buat roadblock, kompemlah aku nak cabut. Sebab punggung Dibah tak center, jatuh gedebuk kami kat atas tar. Bila aku tengok polis lari berkejaran macam hindustan kat arah kami, aku blah la. Tinggal Dibah meroyan sakit ditinggalkan.'

Roy jadi hantu naik darah sebab dia berkenankan si Dibah tu. Bila dia dapat tau, nasib tak dibalunnya Rayyan. Siap nak lunyaikan Rayyan macam rempeyek. Gila.! Bukan nak simpati. Siap nak beduk aku lagi adela. Rayyan keluarkan lagi sebatang rokok. Kotak rokok direnyuk.

'Cis, ada ke letak gambar orang leher berlubang. Letak la gambar awek cun ke, moto beso ke. Pekdah jugak'. Bebel hati Rayyan. Rayyan pandang langit. Terus teringatkan Fazura. Anak Joi Misai Tebal. Nama Fazura tu sebenarnya Samsiah tapi sebab rupanya macam Fazura, jadi dengan sendirinya dia gelarkan si pujaan hati dengan nama Fazura.

Samsiah awek kampung yang cun dengan gayanya sendiri. Kulit hitam manis. Tinggi cuma 150cm. Berat 56kg. Senyum manis walau takde lesung pipit itulah yang buat hatinya berbungga. Pertama kali nampak Samsiah, Samsiah pakai baju kurung dengan kasut Doc Mart biru. Pakai selendang putih. Ayu je. Rare sungguh gadis itu. Sangat memikat. Bukan macam Dibah. Ketiak hangit. Dah la pendek, gemuk pulak tu. Ada hati nak kan aku yang dah serupa Adi Putra ni.

antara gadis yang ku temui
kau saja kini dalam renungan
mungkin kerana dengan senyuman
terpegun diriku...

Rayyan karoke seorang diri. Tiap kali rindu pada Samsiah, lagu inilah yang Rayyan akan nyanyi. Rayyan terus terlupa tentang sakit. Sakit tak dapat tandingi rasa kasih pada Samsiah aka Fazura pujaan hatinya. Samsiah tahu, yang Rayyan sukakannya. Dah berbuih-buih mulut Rayyan luahkan tapi Samsiah masih diam. Hatinya bertambah parah, jiwanya bagai dirobek bila mendapat tahu yang Fazuranya akan berkahwin tak lama lagi. Itu yang dikhabarkan oleh Roy sebelum Roy dapat tau yang Dibahnya eksiden.

Samsiah akan berkahwin dengan kenalan ayahnya, Usop Reggae. Rayyan tak faham taste Samsiah, kenapa mamat bermisai tebal dan berjambang serabut tu jugak yang menjadi pilihan. Rambut kembang cam sarang tebuan juga berjaya memikat hatinya. Lagu berkalih. Kau Ku rindukan pula menjadi mangsa Rayyan..

telah lama ku pendam rindu
dalam diamku
menantikan ucapan, mesra darimu
hingga kini kau membisu
seribu kata
mata bertentang mata.. oh ku gelisah

kini kau berjauhan
seribu perjalanan
hati merintih sedih
tiada berair mata

kian ingin kau ku lupakan
kian kau ku rindui
kesal bertahun lama
kerna kau tiada

Usai melempiskan perasaan, Rayyan keluar. Mahu pulang. Hilangkan kusut di hati. Hujan. Lebat. Basah. Mencurah. 

'Tiap kali aku karoke, mesti hujan lebat. Tak sedap sangat ke suara aku ni? rasanya dah macam Hafiz AF da. Rokok plak dah habis, paw brader sebelah ni la.'

"Bang, rokok sebatang bang. Saya bayar." 

Tapi Rayyan terkejut.









Selasa, 26 Februari 2013

KERJA KAWEN - part 2

Assalamualaikum syg-syg sekalian alam yang ada... ♥

ok. seperti janji semalam, aku mahu sambung balik cerita sal perjalanan aku menuju ke alam perkahwinan khususnya persiapan aku. makanya, moh le awok nk kongsi pengalaman bersama mike-mike semua yak.

MUA - MAKE-UP ARTIST
disebabkan aku tak ambil sebarang pakej kawen, so dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, aku pun bagai nak gila carik sape la MUA aku utk majlis nikah+sanding aku nanti. dan hasilnya sangat mengecewakan. semua amek RM200 ke atas. kalau guna mekap jenama BOBBI COKLAT, MAC n sbginya mmg plg murah RM300 ke atas. *rasa nak nanges guling-guling*. apa lagi, aku ngadu kat mr.fiancee, tentang lara hati ni.. dear suh cari pelan-pelan. dear kata mesti ada. dan aku terus mengadu pada yg Maha ESA. mintak dipermudahkan jalan aku mencari MUA ni. esoknya aku postla kehendak aku kat Majalah.com dan jeng3..!!! ada yang hantar e-mail menawarkan khidmat mekap mura2 dan cantek2...

antaranya Kak Seha ni la. Mulanya Kak Seha bagi pic yg dia pernah mekapkan pengantin n cantek gak. but kak seha kata tarikh yg aku nk dh ade orang book, so xleh nk tlg tp sebab aku beria sgt tnya selepas beberapa kali sesi e-mail berbalas email kalau-kalau dia ada kawan yang pandai mekap cam dia. akhirnya, dia kata kalau aku terus bayar duit, dia akan berkhidmat untuk aku. hah.? xknla senang cmtu je.? so, tanpa membuang masa.. aku terus bank in duit. nak tau die caj berapa untuk nikah sanding.?

NIKAH : RM50
SANDING : RM100

jimatkan.?? sebab aku nikah sanding hari lain2, jadi sanding tu mahal sikit. kalau x, dia just caj RM80 je. ni pic yg dia e-mail pada aku hari tu. Akak ni kalau tak salah duk kat Damansara.



 


KAD KAHWIN+GOODIES BAG
yang ni sungguh aku dah save giler-giler. kad kawen aku my uncle yg sponser. bini dia, my aunt Nat yg bantu buat itu dan ini. Alhamdulillah... hasilnya sgt2 puas hati. aku just wat stail postkad. guna depan belakang.
only 300pcs.

+ dgn 100pcs goodies bag utk pihak laki
dan guna brown paperbag utk bg kat tetamu yg dtg... +-1000pcs bersama printing yg gojes.

ok. inilah contoh brown paperbag kenduri yg agak blur...
tapi seyes aku suka sgt... 
aku beli paperbag ni kat kedai YUMMY bakeri kt bangi.. (betul ke yummy.? entahla. aku x ingat da. hahaha) beli sekotak terus. ade 1000pcs. dptla RM32 or RM34 cmtu. kalau x.. sepeket RM3.50 cmtu la... kan dah save dari bagi kotak mahal-mahal kat tetamu. kan.???

VIDEO
ni aku still dalam dilema mahu ambik ke x.. kawan aku de buat... waah.. confius sgt... -..-. hahahaishh..
btw, ni link GGMOYZ yang korang boleh usha antara video-video kawen yang dorang dah buat...

PHOTO
ni pun ambik khidmat member gak... nama dia Luqman. ini dia punya FB dan korang blh tengoklah hasil kerja beliau yang mantooop..!! so ape yang aku dapat dalam pakej ni.? hah, meh aku kongsi.

PAKEJ A+TRANSPORTATION=RM1000
  • NIKAH+SANDING+OUTDOOR (1 SESI)
  • 1 MOCKUP STICKY ALBUM+100PCS 4R
  • 1 POTRAIT 8R
  • FOC ALBUM BOX+BEG
  • 1 DVD ENHANCE ALL PHOTO

KHEMAH+JEMPUTAN+REWANG
ok. khemah ni aku just tempah 4 biji saiz 20x20..
untuk menampung tetamu seramai 800-1000pax.

1 ada scallop dan yg lain nanhado.. sebab kata kawen nak bajetkan, hahaha
so aku decide camtu la... jimat sikit. khemah ni siap ada kipas dan lampu. aku mintak extra meja n kerusi utk hari sanding which is cover untuk meja makan beradab, meja VIP dan juga meja buffet. harga still dalam perbincangan sebab yang deal sal khemah ni my uncle punya kerja, yang aku paggil dia Abah sejak dari kecik. senang kata semua sepupu sepapat panggil camtu.
still decide utk guna fresh flowers or bunga plastik. sapa yang nak deco n so on...

dan kami decide dari guna katering, kami mahu masak sendiri... harapnya semua akan ok..!! INSYAALLAH..




Isnin, 25 Februari 2013

KERJA KAHWIN - part 1

Assalamualaikum dearies...


Hari ini nak cerita tentang persiapan perkahwinan aku yang akan berlangsung tak lama lagi... tambah tolak lagi sebulan dari sekarang. hahaha.. semput mak sebab macam-macam tak siap lagi hokey.!! tula padah kalau tetiba nak kawen cm gini.

KURSUS KAHWIN
Aku dah mempersiapkan diri pegi kursus kahwin 2 tahun yang lepas. sebabnya malas nak pergi lagi kalau tetiba nak kawen cam sekarang.. so dah jimat masa.

BAJU NIKAH
aku dah hantar kain kat tailor nama A dari hujung tahun lepas dan insyaAllah hujung bulan 2 ini akan dptla bajunya... xsbr nk tgk baju tu dan harap badan aku x naik.. huhu.. designnya lebih kurang macam ni dan kaler yang tunang dah pilih : SOFT PEACH.
material yg aku guna cuma kain satin biasa dan aku beli kat kamdar. RM14++. bli 10 meter trus + utk tunang. dia buat jubah utk majlis nikah nanti. tapi aku advised kat B2B kalau nak beli kain utk kawen tu, n nak buat dress cmni dan nak nmpak lebih cantik.. sila beli BRIDAL SATIN hokey.. sgt cantek+tebal+gojes. aritu haku tak ckup duit, maka beli apa adanya.. yang baju dlm gambar ni die guna chiffon hokey.


TUDUNG +VEIL NIKAH+KASUT
aku beli material chiffon geogett 1.5m. hanya di kedai Pak Osman je aku jumpe kaler soft peach tu. 1m nak buat veil, bakinya selendang.
beli lace utk veil+baju nikah - semeter RM35++. warna putih. harga asal sblum diskaun : RM75++. sgt cantek. walau takde manik tapi berkilau. i loike..!!
Kasut plak guna heels ape yg ade je... and nak patch lace baju sanding+manik2(DIY) kat kasut tu. moga dipermudahkan. AMIN..

BAJU SANDING
Rabu lepas plak aku dah settle menghantar baju sanding ke butik dan akak tu caj RM250 je. baju aku lebih kurang cam kat bawah ni je... tapi lengan panjang la... letak lace sikit.. tambah bunga cket kat area perut ke bawah dalam RM100.  So total : RM350. pejam mata guna duit hantaran+BR1M. hahaha..
ni la contoh bunga yang aku nak buat tu.
akak tu caj RM150 tapi aku mntk bunga tu kurang dari ni jadi die bg RM100 je.
tq tuan punya gambar yg aku kidnap. xdpt bg kredit. maaf.


Kak Sha tu best sebab sangat soft, baik dan sgt2 rileks. sabar ngan karenah aku yang nak itu dan ini. Kedai akak tu kat Puchong Permai. (aku sesat hokey nak pegi ke sana..)
kain aku guna material chiffon yg aku beli kat Osman, exclusive of textile kot nama dia. kat KL. deret2 Sogo. ape yang aku perasaan, aku lebih suka kain kat kedai tu berbanding mana-mana kedai yg ada.. aku beli chiffon jenis ape ntah yg harga dia just RM13++ tapi dapat RM13. chiffon geogett kat situ baru RM19++ but super lembut tahap dewa kain.
kaler kain : KUNING. (takde langsung dalam senarai warna pilihan sebelum ni. haha). aku beli 10m terus.
kain utk dear fiancee plak dari jenis BRIDAL SATIN.
kaler : offwhite. cuma RM30 sajo semeter. murahlah dari JA**L, GULA***, MAY* dsbnya...

TUDUNG +VEIL NIKAH+KASUT
semua ni aku ingat nak guna balik barang-barang KAK IPAR aku yg gojes tu. jadi xpayah pening pale lagi. kebetulan masa nikah dorang dulu, kaler kuning cair...

HIV TEST
abes settle sal baju. terus ajak ayah pegi Klinik Kerajaan (KK) utk wat HIV test. area Selangor korang kena pastikan sama ada klinik kerajaan tu perlu atau tidak korang booking tarikh untuk buat test. so korang kena cari nombor dan call tanya dulu. jangan main suka-suka hati korang je nak datang bila n pukul berapa. cam aku buat kat KK Sg.Chua, Kajang.. korang just walk in sajo. dan setiap KK yg aku tepon semua HIV test bermula selepas jam 2ptg or 2.30ptg. aritu datang pagi, sia-sia kena balik sebab belum masanya lagi. grrrr....

Peg. Kesihatan yang cek aku tu, tanya aku dulu apa yang kita tahu tentang HIV. camne cara dia merebak n so on.. ada 3 sebab utama yang major yang mana aku boleh jawab 2 dari 3 jawapan tu which is :

  • Seks Rambang
  • Perkongsian Jarum Suntikan
  • Ibu Mengandung
so, P.Kesihatan akan ambil sample darah kita dengan menggunakan satu alat yang bila korang kena cucuk kat jari korang rasa cam tak sakit tapi sakit. pehtu pedih-pedih. hahaha.. nasib baik aku dah cukup bersedia and tak terperanjat... sebab bahana aku terperanjat, akan kuar ayat2 yang memalukan.. ohMy-ohMy...

dia sedut darah n letak kat palet. tgu dalam 30 saat. result dah boleh ambil...
dia cakap apa yg akan jadi klu result aku -ve.? 
aku blur+takut+ntahapeape. aku ckp adela kot. eh. takdela... n PK tu tergelak cakap aku -ve dari HIV. so dah bolehla aku kawen. yahooo..!!! lega... ALHAMDULILLAH.

settle satu bab. aku sekarang tengah nak uruskan plak borang kawen yang kena guna online. nak tunggu pihak laki punya borang dalam masa sebulan. dan borang tu aku baru dapat 3 4 hari yg lepas. tu pun my dear pos laju. sebab dia duduk jauh dariku.. 

PELAMIN
isu pelamin ni plak aku jenuh carik vendor yang boleh sewa pelamin dalam 5 ratus kebawah. mak aiihh.. yg sesimple cm ini pun dorang ambil RM800 ke atas hokey. mampu ke ko jemah.?? xkan.? makanya aku carik la kawan2 yang voley sewa sebarang 2 barang-barang pelamin ni. dan trimas HAZWAN atas kebaikan anda menyewanya dgn kadar yg aku mampu... hehehe..

berkenan sgt2 sebab simple dan nice sgt2...
(maaf, lupa pic ni dpt dari mana. TQ tuan tanah)

walaupun tak semua  yg dlm gmbar mmpu aku dapat tapi xpela... janji ada pelamin yg aku blh duduk sejam 2 di atasnya tanpa perlu byr lebih. ♥ sgt2..!! kain backdrop tu plak aku ingt nk bli kat nagoya ataupun kamdar je. kain jersey kat kamdar semeter, bidang 60 just RM3 je. mura giler kan.? peh abes majlis blh jadikan langsir rumah ke, baju peplum ke or wat eva yang korang suka la kan.. sudah jimat dan x membazir distu.


haishh... cerita pasal 4 5 hal ni pun otak dah semput mintak rehat... tu belum cerita pasal kad kahwin, goodies bag, sewa khemah, video, photo, rewang, jemputan dan bla bla bla... blurrrrrrrr terus...~ yg ni semua next post ok.


p/s : buat sendiri memang puas hati tapi PENAT sgt2... this is my advise utk my girls di luar sana yg mungkin nak save bajet n mahu buat semuanya sendiri. tlgla pikir cara utk B2B yg lain hamek pakej je. hokey.? kalau tak... Ya Ampun.... STRESS+tak ckup masa...!! nanti akan datang, haku cerita KENAPA korang kena amek PAKEJ dari DIY... dalam PAKEJ VS DIY..!!



adios.

Rabu, 11 Januari 2012

Ayam Masak Gelombang

Korang nak tak resepi ayam masak gelombang.? Aku suka masak bila aku rasa nak masak dan bila tiba hari raya.. ♥

AYAM YANG DIGELOMBANGKAN..

(dikisar)
2 biji bawang merah/bawang besar
1 biji bawang putih
halia - pandai2 anggar la

daun kari - 2 - 3 batang
daun limau purut (kalau nak la)
10 - 20 cili kering - kisar
kicap - janji nmpk itam kuah 2 nanti
2 sudu gula merah
ayam - ikot kome la
air asam jawa - xmo le masam sgt ye
minyak - sesedap rasa
garam n gula - sesuka hati


caRa-cara :

yang kisar tu kena kisar la an. nak bagi muscle, korang guna lesung batu. xpun guna batu giling. peh2 panaskan minyak, goreng daun kari smpi layu or nek bau, baru masukkan bahan yang dikisar. dah nek bau lagi sekali, masukkan cili kisar. dah yakin cili 2 masak, kome masuk la kicap ngan gula merah. kacau2 sampai lazat n naik bau berkali-kali. kendiannya masukkan ayam. air asam jawa. n bagi ayam rilek kat kuali sampai empuk.. kacau-kacau. masuk garam n gula sket. kome kena la rasa. bagi ngam anak tekak. kalau nk rasa berbeda, letak la daun limau purut. kalau takmo, ada aku kisah.? hahahaha...!!


siap suda.. nak letak bawang besa sebgi finishing bole. nak masukkan buah tomato pun suke ati kome. nk try guna daging pun xde hal la. xdenye erik cheong nak mara nye pun adoi.!

lantas kome hidang la kat fmly. mkn masa nasi panas or makan ngan nasi impit or ketupat. memang rasa cam raya la..~


selamat mencuba..!!! 



p/s : bnda makan gak yg aku post. mmg tahap kebulur da ni.

Isnin, 9 Mei 2011

adik sayang mama hari-hari

ok. la ni aku nak cerita sal hari ibu. sebab semalam ari ibu n aku x ucap ape2 p0n kat mama. xbg hadiah. xbeli kek. xbanje makan pon. asal.? cam poyo je an.? xsyg kat mak sendiri la tu.

bukan-bukan..

mesti r aku de reason sendiri. ye dak.? sebab aku bersyukur setiap hari yang mama sentiasa ada untuk aku.. dapat peluk, kiss n manje2 ngan mama setiap masa pun dah kira best sgt tahap mega sales untuk tunjukkan betapa sayangnya aku pada mama tak boleh bertukar atau berganti. pada aku perlu ke ada hari-hari tertentu untuk zahirkan rasa sayang pada ibu yang dah lahirkan kita.? baru la teringat nak banje mkn, bagi hadiah. tu sumer poyo la...~ bukan ke kita patut syg MAMA kita hari2.?

bila marah n xpuas ati kat ibu/mak/mama mahu pun umi.. cam tak ingat dunia benci kat depa n sampai terdetik nk pindah rumah. lari dari rumah. konon dorang tanak memahami. bajet sangat. dei tambi.! pegi beli mastika edisi APRIL 2011. baca sikit tajuk SIAPA MALAIKAT ITU n baru korang sedar diri.. sape yg always ada bila korang de mslh.? yg jaga korang dari kecik n msk lauk2 yg best tahap xleh hingat nak jilat jari.? yg kadang2 jadi member utk korang n protect korg dari segala hal.? yang selalu marah n pukul sebab rasa kasih syg yg tak berbelah bagi.?



mama.. sungguh..!! adik sayang mama hari-hari.. ♥





Isnin, 7 Mac 2011

baju melayu dan kain pelekat

persoalan yang dah lama berada dalam benak aku...

kenapa lelaki tamo pakai baju melayu bila attend majlis kawen.? ape.? panas.? rimas.? peluh.? hello.. mr.alasan.! aku hairan la... pakai kemeja sampai peluh2 ketiak nak pulak, tapi bila pasal baju melayu... haremm.. asal.? tak in.? nampak old fashion sgt.? org yg nak kwen je ptt pki baju melayu.? setakat datang makan x perlu.?

HELLO...!!! baju melayu wat korang nampak segak la... anyway.. blh je korang pki t-shirt, tade sape larang pon tapi xleh ke pakai baju melayu 2 sesampai je kenduri.? sarung jew.. bkn slalu p0n korang pki bju mlyu. dah settle kndri... kat dlm kete, p la bukak balik. harapkan hari jumaat je.? 2 pon xtentu korang pakai pon. haila..~

rimas.? korang pki baju melayu tu dari pagi sampai malam esok ke.? setengah jam jela wei.! sedihla aku tgk budaya orang melayu zaman sekarang.. yang muda terus hanyut dgn citarasa sendiri. yang tua tak mahu tegur dan biar budaya terus lapuk dan hilang.. sedih.!!

lagi plak, rata-rata aku tanya lelaki zaman sekarang, pandai tak pakai kain pelekat tapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan... TAK TAHU..!!! owh our GOD... jawapan yang sering aku terima :

  • best apa pakai boxer dari kain pelekat
  • lecehla... sat g terselak..
  • arghh... lucut plak nanti. x pasal2 wat tayangan free...
  • ken pelekat tade getah


ayah/abah/abi/papa/daddy korang dulu ade alasan ke mase dorang kecik xnk pakai ken pelekat cm korang.? xde punye... hadoi... seksila korang pakai ken pelekat... seyes...



so guys out there..!!! plis n plis n plis...!!! im begging u... tol0ng pakai BAJU MELAYU bila ada majlis kahwin supaya terserlah kemeriahan cam hari raya... dan bukan pakai bila ada kematian je... dan pakailah kain pelekat supaya anak-anak kita nanti tahu macam mana nak pakai dan bukan terpaksa tengok YOUTUBE untuk belajar cara pakai kain pelekat lak... sebab ape... ayah tak tau pakai kain pelekat pon..

peace.!




nampak..!! depa pon segak berbaju melayu, hang pa wat malu ja.! pape pon....

salam muhibah..!!!