ok. seperti janji semalam, aku mahu sambung balik cerita sal perjalanan aku menuju ke alam perkahwinan khususnya persiapan aku. makanya, moh le awok nk kongsi pengalaman bersama mike-mike semua yak.
MUA - MAKE-UP ARTIST
disebabkan aku tak ambil sebarang pakej kawen, so dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, aku pun bagai nak gila carik sape la MUA aku utk majlis nikah+sanding aku nanti. dan hasilnya sangat mengecewakan. semua amek RM200 ke atas. kalau guna mekap jenama BOBBI COKLAT, MAC n sbginya mmg plg murah RM300 ke atas. *rasa nak nanges guling-guling*. apa lagi, aku ngadu kat mr.fiancee, tentang lara hati ni.. dear suh cari pelan-pelan. dear kata mesti ada. dan aku terus mengadu pada yg Maha ESA. mintak dipermudahkan jalan aku mencari MUA ni. esoknya aku postla kehendak aku kat Majalah.com dan jeng3..!!! ada yang hantar e-mail menawarkan khidmat mekap mura2 dan cantek2...
antaranya Kak Seha ni la. Mulanya Kak Seha bagi pic yg dia pernah mekapkan pengantin n cantek gak. but kak seha kata tarikh yg aku nk dh ade orang book, so xleh nk tlg tp sebab aku beria sgt tnya selepas beberapa kali sesi e-mail berbalas email kalau-kalau dia ada kawan yang pandai mekap cam dia. akhirnya, dia kata kalau aku terus bayar duit, dia akan berkhidmat untuk aku. hah.? xknla senang cmtu je.? so, tanpa membuang masa.. aku terus bank in duit. nak tau die caj berapa untuk nikah sanding.?
NIKAH : RM50
SANDING : RM100
jimatkan.?? sebab aku nikah sanding hari lain2, jadi sanding tu mahal sikit. kalau x, dia just caj RM80 je. ni pic yg dia e-mail pada aku hari tu. Akak ni kalau tak salah duk kat Damansara.
KAD KAHWIN+GOODIES BAG
yang ni sungguh aku dah save giler-giler. kad kawen aku my uncle yg sponser. bini dia, my aunt Nat yg bantu buat itu dan ini. Alhamdulillah... hasilnya sgt2 puas hati. aku just wat stail postkad. guna depan belakang.
only 300pcs.
+ dgn 100pcs goodies bag utk pihak laki
dan guna brown paperbag utk bg kat tetamu yg dtg... +-1000pcs bersama printing yg gojes.
![]() |
| ok. inilah contoh brown paperbag kenduri yg agak blur... tapi seyes aku suka sgt... |
VIDEO
ni aku still dalam dilema mahu ambik ke x.. kawan aku de buat... waah.. confius sgt... -..-. hahahaishh..
btw, ni link GGMOYZ yang korang boleh usha antara video-video kawen yang dorang dah buat...
PHOTO
ni pun ambik khidmat member gak... nama dia Luqman. ini dia punya FB dan korang blh tengoklah hasil kerja beliau yang mantooop..!! so ape yang aku dapat dalam pakej ni.? hah, meh aku kongsi.
PAKEJ A+TRANSPORTATION=RM1000
- NIKAH+SANDING+OUTDOOR (1 SESI)
- 1 MOCKUP STICKY ALBUM+100PCS 4R
- 1 POTRAIT 8R
- FOC ALBUM BOX+BEG
- 1 DVD ENHANCE ALL PHOTO
KHEMAH+JEMPUTAN+REWANG
ok. khemah ni aku just tempah 4 biji saiz 20x20..
untuk menampung tetamu seramai 800-1000pax.
1 ada scallop dan yg lain nanhado.. sebab kata kawen nak bajetkan, hahaha
so aku decide camtu la... jimat sikit. khemah ni siap ada kipas dan lampu. aku mintak extra meja n kerusi utk hari sanding which is cover untuk meja makan beradab, meja VIP dan juga meja buffet. harga still dalam perbincangan sebab yang deal sal khemah ni my uncle punya kerja, yang aku paggil dia Abah sejak dari kecik. senang kata semua sepupu sepapat panggil camtu.
still decide utk guna fresh flowers or bunga plastik. sapa yang nak deco n so on...
dan kami decide dari guna katering, kami mahu masak sendiri... harapnya semua akan ok..!! INSYAALLAH..
♥

Tiada ulasan:
Catat Ulasan