Hari ini nak cerita tentang persiapan perkahwinan aku yang akan berlangsung tak lama lagi... tambah tolak lagi sebulan dari sekarang. hahaha.. semput mak sebab macam-macam tak siap lagi hokey.!! tula padah kalau tetiba nak kawen cm gini.
KURSUS KAHWIN
Aku dah mempersiapkan diri pegi kursus kahwin 2 tahun yang lepas. sebabnya malas nak pergi lagi kalau tetiba nak kawen cam sekarang.. so dah jimat masa.
BAJU NIKAH
aku dah hantar kain kat tailor nama A dari hujung tahun lepas dan insyaAllah hujung bulan 2 ini akan dptla bajunya... xsbr nk tgk baju tu dan harap badan aku x naik.. huhu.. designnya lebih kurang macam ni dan kaler yang tunang dah pilih : SOFT PEACH.
material yg aku guna cuma kain satin biasa dan aku beli kat kamdar. RM14++. bli 10 meter trus + utk tunang. dia buat jubah utk majlis nikah nanti. tapi aku advised kat B2B kalau nak beli kain utk kawen tu, n nak buat dress cmni dan nak nmpak lebih cantik.. sila beli BRIDAL SATIN hokey.. sgt cantek+tebal+gojes. aritu haku tak ckup duit, maka beli apa adanya.. yang baju dlm gambar ni die guna chiffon hokey.
![]() |
aku beli material chiffon geogett 1.5m. hanya di kedai Pak Osman je aku jumpe kaler soft peach tu. 1m nak buat veil, bakinya selendang.
beli lace utk veil+baju nikah - semeter RM35++. warna putih. harga asal sblum diskaun : RM75++. sgt cantek. walau takde manik tapi berkilau. i loike..!!
Kasut plak guna heels ape yg ade je... and nak patch lace baju sanding+manik2(DIY) kat kasut tu. moga dipermudahkan. AMIN..
BAJU SANDING
Rabu lepas plak aku dah settle menghantar baju sanding ke butik dan akak tu caj RM250 je. baju aku lebih kurang cam kat bawah ni je... tapi lengan panjang la... letak lace sikit.. tambah bunga cket kat area perut ke bawah dalam RM100. So total : RM350. pejam mata guna duit hantaran+BR1M. hahaha..
![]() |
| ni la contoh bunga yang aku nak buat tu. akak tu caj RM150 tapi aku mntk bunga tu kurang dari ni jadi die bg RM100 je. tq tuan punya gambar yg aku kidnap. xdpt bg kredit. maaf. |
Kak Sha tu best sebab sangat soft, baik dan sgt2 rileks. sabar ngan karenah aku yang nak itu dan ini. Kedai akak tu kat Puchong Permai. (aku sesat hokey nak pegi ke sana..)
kain aku guna material chiffon yg aku beli kat Osman, exclusive of textile kot nama dia. kat KL. deret2 Sogo. ape yang aku perasaan, aku lebih suka kain kat kedai tu berbanding mana-mana kedai yg ada.. aku beli chiffon jenis ape ntah yg harga dia just RM13++ tapi dapat RM13. chiffon geogett kat situ baru RM19++ but super lembut tahap dewa kain.
kaler kain : KUNING. (takde langsung dalam senarai warna pilihan sebelum ni. haha). aku beli 10m terus.
kain utk dear fiancee plak dari jenis BRIDAL SATIN.
kaler : offwhite. cuma RM30 sajo semeter. murahlah dari JA**L, GULA***, MAY* dsbnya...
TUDUNG +VEIL NIKAH+KASUT
semua ni aku ingat nak guna balik barang-barang KAK IPAR aku yg gojes tu. jadi xpayah pening pale lagi. kebetulan masa nikah dorang dulu, kaler kuning cair...
HIV TEST
abes settle sal baju. terus ajak ayah pegi Klinik Kerajaan (KK) utk wat HIV test. area Selangor korang kena pastikan sama ada klinik kerajaan tu perlu atau tidak korang booking tarikh untuk buat test. so korang kena cari nombor dan call tanya dulu. jangan main suka-suka hati korang je nak datang bila n pukul berapa. cam aku buat kat KK Sg.Chua, Kajang.. korang just walk in sajo. dan setiap KK yg aku tepon semua HIV test bermula selepas jam 2ptg or 2.30ptg. aritu datang pagi, sia-sia kena balik sebab belum masanya lagi. grrrr....
Peg. Kesihatan yang cek aku tu, tanya aku dulu apa yang kita tahu tentang HIV. camne cara dia merebak n so on.. ada 3 sebab utama yang major yang mana aku boleh jawab 2 dari 3 jawapan tu which is :
- Seks Rambang
- Perkongsian Jarum Suntikan
- Ibu Mengandung
so, P.Kesihatan akan ambil sample darah kita dengan menggunakan satu alat yang bila korang kena cucuk kat jari korang rasa cam tak sakit tapi sakit. pehtu pedih-pedih. hahaha.. nasib baik aku dah cukup bersedia and tak terperanjat... sebab bahana aku terperanjat, akan kuar ayat2 yang memalukan.. ohMy-ohMy...
dia sedut darah n letak kat palet. tgu dalam 30 saat. result dah boleh ambil...
dia cakap apa yg akan jadi klu result aku -ve.?
aku blur+takut+ntahapeape. aku ckp adela kot. eh. takdela... n PK tu tergelak cakap aku -ve dari HIV. so dah bolehla aku kawen. yahooo..!!! lega... ALHAMDULILLAH.
settle satu bab. aku sekarang tengah nak uruskan plak borang kawen yang kena guna online. nak tunggu pihak laki punya borang dalam masa sebulan. dan borang tu aku baru dapat 3 4 hari yg lepas. tu pun my dear pos laju. sebab dia duduk jauh dariku..
PELAMIN
isu pelamin ni plak aku jenuh carik vendor yang boleh sewa pelamin dalam 5 ratus kebawah. mak aiihh.. yg sesimple cm ini pun dorang ambil RM800 ke atas hokey. mampu ke ko jemah.?? xkan.? makanya aku carik la kawan2 yang voley sewa sebarang 2 barang-barang pelamin ni. dan trimas HAZWAN atas kebaikan anda menyewanya dgn kadar yg aku mampu... hehehe..
![]() |
| berkenan sgt2 sebab simple dan nice sgt2... (maaf, lupa pic ni dpt dari mana. TQ tuan tanah) |
walaupun tak semua yg dlm gmbar mmpu aku dapat tapi xpela... janji ada pelamin yg aku blh duduk sejam 2 di atasnya tanpa perlu byr lebih. ♥ sgt2..!! kain backdrop tu plak aku ingt nk bli kat nagoya ataupun kamdar je. kain jersey kat kamdar semeter, bidang 60 just RM3 je. mura giler kan.? peh abes majlis blh jadikan langsir rumah ke, baju peplum ke or wat eva yang korang suka la kan.. sudah jimat dan x membazir distu.
haishh... cerita pasal 4 5 hal ni pun otak dah semput mintak rehat... tu belum cerita pasal kad kahwin, goodies bag, sewa khemah, video, photo, rewang, jemputan dan bla bla bla... blurrrrrrrr terus...~ yg ni semua next post ok.
p/s : buat sendiri memang puas hati tapi PENAT sgt2... this is my advise utk my girls di luar sana yg mungkin nak save bajet n mahu buat semuanya sendiri. tlgla pikir cara utk B2B yg lain hamek pakej je. hokey.? kalau tak... Ya Ampun.... STRESS+tak ckup masa...!! nanti akan datang, haku cerita KENAPA korang kena amek PAKEJ dari DIY... dalam PAKEJ VS DIY..!!
adios.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan