'Kau yang bingai'
'Asal aku?'
'Kau biar dia macam tu kenapa?'
'Dah dia yang nak ikot'
'Tak payahla bawak!'
'Cam ko tak tau dia macam mana..'
'Letih aku nak cakap dengan orang macam ko. Aku cau dulu'
Roy menghidupkan enjin motor kapcainya. Ini saja yang dia ada. Harta yang dia mampu miliki sendiri. Roy makin bosan dengan cara tak endah Rayyan.
Rayyan pandang sepi Roy yang semakin menjauh. Rayyan bersandar di atas motor RXZ 'milik'nya. Hasil curi dua bulan lepas. Asap rokok di hembus lagi. Kaki Rayyan masih lagi sakit sebab jatuh moto dengan Dibah tadi. Tangan dan lututnya cedera.
'Salah aku ke? Dah tau aku nak merempit, nak juga ikot. Bila polis buat roadblock, kompemlah aku nak cabut. Sebab punggung Dibah tak center, jatuh gedebuk kami kat atas tar. Bila aku tengok polis lari berkejaran macam hindustan kat arah kami, aku blah la. Tinggal Dibah meroyan sakit ditinggalkan.'
Roy jadi hantu naik darah sebab dia berkenankan si Dibah tu. Bila dia dapat tau, nasib tak dibalunnya Rayyan. Siap nak lunyaikan Rayyan macam rempeyek. Gila.! Bukan nak simpati. Siap nak beduk aku lagi adela. Rayyan keluarkan lagi sebatang rokok. Kotak rokok direnyuk.
'Cis, ada ke letak gambar orang leher berlubang. Letak la gambar awek cun ke, moto beso ke. Pekdah jugak'. Bebel hati Rayyan. Rayyan pandang langit. Terus teringatkan Fazura. Anak Joi Misai Tebal. Nama Fazura tu sebenarnya Samsiah tapi sebab rupanya macam Fazura, jadi dengan sendirinya dia gelarkan si pujaan hati dengan nama Fazura.
Samsiah awek kampung yang cun dengan gayanya sendiri. Kulit hitam manis. Tinggi cuma 150cm. Berat 56kg. Senyum manis walau takde lesung pipit itulah yang buat hatinya berbungga. Pertama kali nampak Samsiah, Samsiah pakai baju kurung dengan kasut Doc Mart biru. Pakai selendang putih. Ayu je. Rare sungguh gadis itu. Sangat memikat. Bukan macam Dibah. Ketiak hangit. Dah la pendek, gemuk pulak tu. Ada hati nak kan aku yang dah serupa Adi Putra ni.
antara gadis yang ku temui
kau saja kini dalam renungan
mungkin kerana dengan senyuman
terpegun diriku...
Rayyan karoke seorang diri. Tiap kali rindu pada Samsiah, lagu inilah yang Rayyan akan nyanyi. Rayyan terus terlupa tentang sakit. Sakit tak dapat tandingi rasa kasih pada Samsiah aka Fazura pujaan hatinya. Samsiah tahu, yang Rayyan sukakannya. Dah berbuih-buih mulut Rayyan luahkan tapi Samsiah masih diam. Hatinya bertambah parah, jiwanya bagai dirobek bila mendapat tahu yang Fazuranya akan berkahwin tak lama lagi. Itu yang dikhabarkan oleh Roy sebelum Roy dapat tau yang Dibahnya eksiden.
Samsiah akan berkahwin dengan kenalan ayahnya, Usop Reggae. Rayyan tak faham taste Samsiah, kenapa mamat bermisai tebal dan berjambang serabut tu jugak yang menjadi pilihan. Rambut kembang cam sarang tebuan juga berjaya memikat hatinya. Lagu berkalih. Kau Ku rindukan pula menjadi mangsa Rayyan..
telah lama ku pendam rindu
dalam diamku
menantikan ucapan, mesra darimu
hingga kini kau membisu
seribu kata
mata bertentang mata.. oh ku gelisah
kini kau berjauhan
seribu perjalanan
hati merintih sedih
tiada berair mata
kian ingin kau ku lupakan
kian kau ku rindui
kesal bertahun lama
kerna kau tiada
Usai melempiskan perasaan, Rayyan keluar. Mahu pulang. Hilangkan kusut di hati. Hujan. Lebat. Basah. Mencurah.
'Tiap kali aku karoke, mesti hujan lebat. Tak sedap sangat ke suara aku ni? rasanya dah macam Hafiz AF da. Rokok plak dah habis, paw brader sebelah ni la.'
"Bang, rokok sebatang bang. Saya bayar."
Tapi Rayyan terkejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan