Jumaat, 13 Mei 2016

SI PENYEBOK

kau tanya tentang... 
dah dapat anak?
kau tanya tentang hal yang boleh libas hati aku dengan parang
kau tanya tentang anak?

kau.. 
bila mahu mati?
kau.. 
bila mahu insaf?
kenapa kau tak tanya tentang itu pada diri kau sendiri?

kau mahu tunjuk mesra atau BODOH dengan sapaan yang begitu?
kau mahu tunjuk anak kau dah berkoyon-koyon tapi aku satu pun tiada?
kau mahu tunjuk apa pada aku?



cukuplah aku tanggung semua
tradisional dan moden
malukan aku
diri aku
cukuplah soalan itu

selagi belum tiba. ia takkan tiba


Tiada ulasan: